Buku sirah untuk anak dan ibu bapa

Kenali Koleksi Bedtime Seerah

Buku ini mengambil detik-detik daripada kehidupan Rasulullah ﷺ dan menjadikannya skrip pendek untuk dibaca, dilatih dan diceritakan.

Bedtime Seerah

Apa yang ada dalam buku ini

Setiap kisah ditulis untuk dibaca dengan suara: ayatnya, rentaknya, dan bila masa nak berhenti berbual.

Seerah book for kids open on a cosy blanket
  • Skrip dialog Ayat pendek untuk disebut, dengan nada mesra dan bersahaja.
  • Babak dan petunjuk Bila nak berhenti, dan macam mana nak sebut sesuatu ayat.
  • Soalan untuk anak Dah ada dalam skrip, jadi cerita bertukar jadi sembang.
  • Renungan penutup Satu pengajaran lembut untuk tutup malam.

Tiga episod dalam buku sirah untuk anak ini

Bedtime Seerah ialah sebuah siri. Setiap episod ialah satu kembara sebelum tidur yang lengkap dengan skrip, soalan dan renungan penutupnya sendiri, dan bersama-sama ia mengikut urutan sirah. Tiga episod sudah siap, setiap satu diterbitkan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Episode 1 cover, The Year of the Elephant, from the Bedtime Seerah series
Episod 1

Tahun Gajah

Ketika Allah melindungi Kaabah

Mekah sebelum Rasulullah ﷺ dilahirkan: perjalanan dagang Quraisy, tentera bergajah Abraha, dan burung yang Allah hantar untuk melindungi Rumah-Nya.

11 babak · 11 malam · Surah al-Fil

Episode 2 cover, the noble family of Rasulullah, from the Bedtime Seerah series
Episod 2

Siapa Moyang, Datuk dan Ayah Baginda?

Mengenali keluarga mulia pilihan Allah

Anak-anak mengenali Hashim, Abdul Muttalib dan Abdullah: moyang, datuk dan ayah Rasulullah ﷺ. Syaibah si rambut putih, air Zamzam yang hilang, dan janji yang membawa kepada satu kelahiran istimewa.

7 babak · 7 malam · Surah Quraisy

Episode 3 cover, Who Is Ghulam al-Dakwah, from the Bedtime Seerah series
Episod 3

Siapa Ghulam Al-Dakwah?

Kisah budak berani yang diceritakan sendiri oleh Rasulullah ﷺ

Seorang raja mengaku dirinya Tuhan. Seorang budak kecil berani berkata, “Tuhanku ialah Allah.” Kisah ini diceritakan sendiri oleh Rasulullah ﷺ dan tercatat dalam Sahih Muslim.

8 babak · 8 malam · Surah al-Buruj

Akan datang: Episod 4, Kelahiran Agung. Bagaimanakah suasana di Mekah pada malam Rasulullah ﷺ dilahirkan? Siapakah yang memberi nama “Muhammad”? Dan siapakah yang menjaga bayi yang istimewa itu?

Untuk siapa buku ini

Parent preparing a Seerah book for kids story before bedtime

Ibu ayah yang mahu bercerita, bukan sekadar membaca

Kalau anda pernah baca petikan sirah dan rasa hambar, buku ini memang untuk anda.

Keluarga yang nak bina rutin sebelum tidur

Cerita pendek pada waktu sama setiap malam beri anak sesuatu yang tetap. Sebab skripnya dah siap, rutin ini tak putus walaupun malam sibuk.

Anak yang suka cerita

Anak kecil dengar dan bayangkan babaknya. Anak besar jawab soalan dan beritahu apa mereka akan buat.

Atuk nenek, cikgu dan abang kakak pun boleh guna skrip yang sama.

Kenapa skrip lebih berkesan daripada buku cerita

Buku cerita suruh anda membaca. Skrip pula ajak anda bercerita.

Buku bergambar ditulis untuk mata. Bila dibaca kuat, anda terpaksa ubah ayat sambil jalan, dan rentaknya putus.

Skrip pula ditulis untuk telinga: ayat pendek, jelas siapa yang bercakap, dan nota yang tunjuk di mana perasaannya.

Faktanya pun terjaga. Anda ikut ayat yang dah disemak, dan tambah kemesraan dengan suara sendiri.

Sepintas lalu

Episod tersedia
Tiga, dan siri ini bersambung
Jumlah babak
11 dalam Episod 1, 7 dalam Episod 2, 8 dalam Episod 3
Sesuai untuk umur
4 hingga 12 tahun, dengan panduan untuk umur 4 hingga 6, 7 hingga 9, dan 10 ke atas
Setiap malam
Satu babak, lebih kurang 10 minit
Berpaksikan al-Quran
Surah al-Fil, Surah Quraisy dan Surah al-Buruj, dengan terjemahan ringkas
Format
E-buku PDF
Bahasa
Edisi berasingan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Diterbitkan oleh
Feetra Academy
Sumber kisah
Sirah Nabi Muhammad ﷺ Kanak-kanak oleh Ustaz Azlan Shah
Penghantaran
Melalui e-mel selepas pembayaran

Contoh halaman daripada buku ini

Satu babak pendek dalam format yang sama seperti dalam buku, kemudian dua halaman sebenar daripada Episod 3.

Contoh babak: Tahun Gajah

Ibu/BapaDahulu kala, di kota Makkah, berdiri Kaabah, rumah Allah.

(Cakap perlahan-lahan. Biar bilik jadi senyap.)

Ibu/BapaPada satu tahun, seorang raja yang sombong bernama Abrahah datang menyerang dengan tentera yang besar. Di hadapan sekali, seekor gajah yang gergasi.

TanyaApa agaknya yang penduduk Makkah buat?

Sample page one from the Seerah book for kids
Sample page two with questions and reflection

Cara menggunakan buku ini sebelum tidur

Buku ini direka supaya persediaan ambil beberapa minit sahaja. Ini rentak mudah yang ramai ibu bapa ikut.

  • Pilih kisah malam ini. Mula dari awal, atau pilih kisah yang anak tanya.
  • Baca sekali seorang diri. Baca senyap lebih awal pun dah cukup untuk kenal alurnya.
  • Ceritakan dengan suara anda sendiri. Tak salah kalau nak tengok-tengok halaman.
  • Berhenti untuk soalan. Biar anak jawab dulu, kemudian sambung.
  • Tutup dengan renungan. Satu pengajaran, satu doa, selamat malam.
Bedside table with a Seerah storybook ready for the night

Apa yang anak bawa pulang daripada setiap kisah

Setiap kisah ada satu pengajaran yang jelas, supaya anak tidur dengan satu perkara mudah untuk diingat.

  • Kenal siapa Rasulullah ﷺ dan bagaimana baginda hidup
  • Kenal sifat jujur, sabar dan belas kasihan
  • Rasa yang sirah ini kisah benar tentang orang yang benar-benar hidup
  • Ada ayat untuk bertanya dan meluah apa yang difikirkan

Pengajaran ini tumbuh sedikit demi sedikit. Sekali cerita, ia jadi malam yang menyenangkan. Berulang kali, ia jadi sebahagian cara anak melihat dunia.

Disemak supaya tepat

Sirah ialah kisah benar tentang insan yang kita cintai, jadi ketepatan sama penting dengan kemesraan. Dialog memudahkan penyampaian — ia tak pernah menambah peristiwa yang tak berlaku.

Setiap episod ditutup dengan halaman nota sumber untuk ibu bapa, yang membezakan apa yang disebut dalam al-Quran, apa yang ada dalam hadis, dan apa yang datang daripada riwayat sirah dan tafsir. Episod 3, contohnya, diriwayatkan dalam Sahih Muslim, dan Surah al-Buruj disertakan dengan terjemahan ringkas maknanya.

Kisah-kisah ini datang daripada Sirah Nabi Muhammad ﷺ Kanak-kanak oleh Ustaz Azlan Shah Nabees Khan, CEO Arba Foundation. Faiz Mansor menyusun setiap pengajaran menjadi skrip sebelum tidur, dan buku ini diterbitkan oleh Feetra Academy.

Apabila ada bahagian yang berat, skrip menceritakannya dengan lembut dan Panduan Ibu dan Ayah di bahagian belakang memberi butiran penuhnya, supaya anda sendiri menilai apa yang sesuai dengan umur anak.

Kalau ada apa-apa dalam kisah yang anda rasa patut disemak, beritahu kami. Kami alu-alukan pembetulan dan akan menelitinya.

Ustaz Azlan Shah Nabees Khan holding the Bedtime Seerah book with compiler Faiz Mansor
Ustaz Azlan Shah Nabees Khan (kiri) bersama Faiz Mansor, penyusun skrip Bedtime Seerah.

Kata ibu bapa

Dua kad di bawah ini contoh rupa testimoni nanti. Kami akan gantikan dengan kata-kata ibu bapa sebenar sebaik dapat kebenaran mereka.

CONTOH
Malam pertama saya baca, anak saya yang enam tahun asyik tanya, "lepas tu apa jadi?". Sebab ayatnya dah ada, saya tak tersekat masa nak mula.
Illustrated avatar beside a sample parent testimonialNama ibu bapa (contoh)Ibu kepada tiga anak, Shah Alam
CONTOH
Dulu lepas dua minit kami dah kehabisan bahan. Sekarang soalan dalam skrip yang menghidupkan cerita, dan anak perempuan saya jawab sendiri.
Illustrated avatar beside a second sample parent testimonialNama ibu bapa (contoh)Bapa kepada dua anak, Johor Bahru

Dah cuba satu episod dengan anak? Ceritakan pengalaman anda di hello@bedtimeseerah.com dan, dengan izin anda, kami akan siarkan di sini.

Dapatkan naskhah anda

Dapatkan buku ini hari ini, dan mulakan cerita pertama malam ini.

  • Tiga episod dalam bentuk e-buku PDF, untuk telefon, tablet atau komputer
  • Skrip penuh untuk setiap babak, lengkap dengan panduan, soalan dan renungan penutup
  • Peta, garis masa, halaman ringkasan dan panduan untuk ibu bapa dalam setiap episod
  • Pautan muat turun dihantar ke e-mel anda selepas pembayaran

Buat masa ini e-book dulu, supaya keluarga boleh mula terus. Kalau ramai minta versi cetak, kami akan buat.

Koleksi Bedtime Seerah

RM29 RM19

Satu episod. Atau ambil ketiga-tiga episod pada harga RM29.

Mulakan dengan Episod 1, Tahun Gajah, kemudian ikut siri ini mengikut urutan. Episod 4, Kelahiran Agung, akan menyusul.

Jawapan pantas tentang buku ini

Tidak. Setiap skrip dah cukup untuk malam itu. Ramai ibu bapa belajar sirah sama-sama dengan anak, satu kisah satu malam.

Boleh. Skrip ini panduan, bukan ujian. Kekalkan faktanya, selebihnya guna bahasa anda sendiri.

Waktu tidur memang paling sesuai, tapi ramai juga guna masa perjalanan jauh, malam Ramadan dan perjumpaan keluarga hujung minggu.

Scroll to Top